Sunday 20 February 2011

Kelas Oh Kelas!

Niat untuk sambung belajar memang dah lama tersimpan. Bukan mudah untuk membuat keputusan, sambung ke tak...sambung ke tak! Tapi mengenangkan tuntutan hati yang memang dah lama menyimpan hasrat, ku gagahi jua. Sedikit kepuasan sebenarnya setelah benar-benar menjadi pelajar kembali. Bekerja sambil belajar dan menguruskan segala urusan keluarga adalah bukan satu perkara yang mudah! It is a really TOUGH! Time management?? YES! i have to manage my time between my work, study and also my family....Alhamdulilah..my praise to Allah, kerana mengizinkan segalanya.

Dan kini, pembelajaran diteruskan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Million of thanks to my friends especially teman sekuliah yang saling membantu antara kami. Bukan senang tau! Hari ni, my mood sedikit terganggu dek kerana gangguan sang perut yang kurang nyaman. Akibatnya, kurang konsentrasi dan menyebabkan idea-idea bijak pandai nak tak nak je muncul di kotak minda. Nasib baik sesi latihan yang diadakan bukan sesi ujian sebenar! Mudah-mudahan bila tiba hari sebenarnya nanti, semuanya berjalan dengan lancar. Ya Allah engkau permudahkanlah segalanya untukku...Ameennn...

*** Ada banyak lagi task menanti :
  • Iron baju sekolah danish
  • Iron baju kerja
  • Prepare bahan untuk buat bekalan (esok pagi takdela kelam kabut)
  • upppsss sebakul baju menanti untuk dicuci...adios!

No comments:

Post a Comment